28 Mar 2024 / 18 Ramadhan 1445h

Pelancaran Program Ibadah Korban 1436h

09 Ogos, 2015

0

BANDAR BARU BANGI, 9 Ogos 2015 - Menjelang bulan Zulkaedah HALUAN sekali lagi melancarkan Program Ibadah Korban 1436H di Ibu Pejabat HALUAN di sini.

Pelancaran tersebut berlangsung pada 2 Ogos lepas bersempena dengan Majlis Sambutan Aidilfiri HALUAN di sini. Ia menandakan permulaan program korban secara rasmi, dengan objektif utamanya adalah menyalurkan bantuan kemasyarakatan dalam bentuk daging korban kepada masyarakat Islam yang lebih memerlukan di negara-negara lain.

"Kumpulan sasaran kami adalah saudara seIslam di negara-negara miskin, negara yang bergolak, dan negara yang dilanda bencana. Dan kami menyasarkan penyertaan daripada masyarakat Malaysia seramai tiga ribu orang peserta," berkata Encik Mohd Azhar Md Idris, Ketua Biro Kebajikan HALUAN.