Muslim dan muslimat yang budiman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Syukur ke hadrat Allah SWT yang mencurahkan nikmat keimanan, rahmat dan rezeki yang melimpah-ruah kepada kita. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW yang telah meninggalkan kepada kita contoh tauladan yang mulia, untuk mencapai kejayaan yang hakiki.

Kini bulan Zulhijjah hampir tiba, justeru peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui ibadah korban. Alhamdulillah, saban tahun peluang ini sentiasa dinanti dan direbut oleh mereka yang berkemampuan. Namun saban tahun juga kita dapat melihat daging-daging korban berlebihan di tempat-tempat tertentu, malah ada juga diagihkan kepada mereka yang tidak begitu memerlukan bantuan. Sedangkan mereka yang benar-benar memerlukan masih tidak dapat mengecapi daging korban sebagaimana sepatutnya.

Menyedari senario ini, HALUAN sekali lagi akan menganjurkan "Program Ibadah Korban Aidil Adha" sebagai inisiatif untuk menggalakkan umat Islam menunaikan ibadah korban di tempat mereka yang lebih memerlukan bantuan, samada kerana masalah ekonomi, bencana alam, peperangan, penindasan dan seumpamanya.

Untuk tujuan ini, HALUAN mengenalpasti gologan berikut sebagai sasaran program ibadah korban bagi tahun ini :

  • Perkampungan Islam di Palestin.
  • Perkampungan Islam di India, Bangladesh, Thailand, Vietnam dan Kemboja.
  • Pelarian dan mangsa-mangsa kebuluran Somalia.

Semoga Allah menerima amal kebaikan kita semua. Dengan melaksanakan ibadah korban di tempat-tempat yang lebih memerlukan insya-Allah kita mendapat ganjaran yang berlipat ganda di samping turut menyumbang untuk menyelesaikan permasalahan umat Islam di tempat-tempat tersebut. Allah berfirman dalam surah Al-Hajj, ayat ke 37 yang bermaksud :

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa dari kamu".

Diriwayatkan oleh Tarmizi bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Tiada dibuat oleh anak adam pada Aidil Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah SWT daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."


Untuk maklumat lanjut berkaitan aktiviti HALUAN, sila layari laman web rasmi kami di www.haluan.org.my



Dr Abdullah Sudin Ab. Rahman
Presiden HALUAN

Aktiviti penyembelihan di Muthur, Sri Lanka
- Program Ibadah Korban HALUAN 2015

TeaserElementhas many styles!

Daftar Sekarang